Assalamualaikum. Telur pindang, telur tradisi orang Johor ni bukan semua orang pandai makan. Sebenarnya rasa dia sedap je, ada rasa rempah ratus dari jintan semua tu tapi bila rupa dia mirip telur herba cina yang dijual di pasaraya tu ramai yang tak berani cuba makan.
Kat Segamat sebijik rm1.50. Kat sini ngidam camne pun tak dapat. Mana ada orang jual, huhu.
Saya cuma guna daun herba yang ada saja, setakat daun senduduk yang tumbuh tepi jalan masih mampun cari lagi. mana yang tak ada saya skip saja. asal ada bau dan rasa sudah cukup happy. hehe.
saya guna:
jintan
ketumbar
kicap
daun senduduk
daun manggis
daun serai
kulit bawang merah
garam
katanya ada masyarakat Melayu di Indonesia yang buat telur pindang juga cuma bahannya lain sikit dan ada yang letak daun Jati katanya . Saya tak pasti kawasan mana .

3 Comments
Akak pun suka makan telur pindang ni..
wlpn bukan Johorien hahha..
InshaAllah jadi tu LM..
ikut petua kakzakie tu..