Assalamualaikum. ada peminat jantung pisang di sini? saya suka makan ulam jantung pisang yang direbus tapi selalu sangat kecewa bila merebus jantung pisang jadi hitam hasilnya. jom kita check apa tips merebus jantung pisang jadi putih
Ada yang bertanya, apa tips jantung pisang kakLM elok putih tak hitam. Biasanya LM Panaskan air sampai mendidih. Masukkan asam keping(Asam gelugur) 2-3 keping tambah sedikit garam. Lepas tu baru masukkan jantung pisang. Selepas rebus toskan dan selepas itu baru belah.
Pernah saya try buat cara sama tapi belah dua jantung tu sebelum rebus. Tapi jadi hitam. Maka, sekarang ni memang rebus sebiji bulat tu. Nak makan baru saya belah.
korang ada tips lain tak? share la

5 Comments