Assalamualaikum
Salam Rabu.
Pagi ni sempat jenguk pokok cili yang baru naik semai haritu nak alih ke tempat yang sepatutnya. Perlu alih segera kerana dah 5 6 pokok telah di makan siput babi sampai tinggal batang saja. Itu pun entah mampu bertahan atau tidak pokoknya.
Selepas alih pasu yang kosong dan susun semula termenung seketika bila tengok pokok keladi hiasan ni.
Dia tumbuh di pasu pokok terung pada asalnya. Mungkin ada ubi dia yang tertinggal dalam tanah tu. saya ni selalu recycle tanah. Tu yang kerap kejadian begini berlaku.
Dalam pasu kucai tiba tiba ada, keladi yang belang zebra. Dalam pasu kangkung ada bayam Brazil. Hihi.

2 Comments