Assalamualaikum. Halia antara barang dapur yang wajib ada di dalam dapur supaya mudah urusan memasak tak perlu sentiasa membeli sebab bukan pakai banyak pun halia setiap Kali memasak . Oleh kerana halia cepat rosak bila disimpan lama maka saya terpaksa guna tips simpan halia agar tidak jadi membazir.
Halia ni selepas dicuci saya akan toskan dan keringkan . Setelah tu potong saya susun dan bekukan di dalam pinggan anggaran masa dalam satu jam. Tujuan beku kan sekejap agar bila simpan dalam bekas dia tidak melekat sesama sendiri. Bila dah beku , boleh masuk bekas dan bekukan. Bila nak guna nanti terus cuci dan buang kulitnya tak perlu defrost pun.
Haritu harga halia mencecah rm12 sekilo di sini.sekarang dah turun ke rm8 sekilo saya tengok semalam . Lengkuas pun boleh disimpan dengan cara sama. Ada orang suka rendam dalam bekas kan?
Ada cara lain simpan halia agar tahan lama? Share please

7 Comments