Assalamualaikum. Ada peminat Mee Kari kat sini?
Awal-awal puasa haritu gigih la buat Mee Kari untuk hidangan berbuka puasa tapi bila dah lama sikit berpuasa ni dah tak berapa selera nak makan sangat. Takda dah masak beriya kerana biasanya makan ringkas -ringkas saja lebih kepada banyak minum air.
Siap hidang dan terus wrap dengan plastic.
Bahan kuah:
1biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia.*
(Kisar semua *ni)
4biji bawang merah dimayang.
2 ulas bawang putih dimayang
1inci halia dihiris halus
3 tangkai daun Kari
(4 sekawan)
Kayu Manis1
Pelaga 2
Cengkih 3
Bunga lawang 1
saya guna Serbuk Kari daging dan ayam brand Faiza anggaran 2 senduk makan
1 senduk cili kisar.
Minyak untuk menggoreng
Santan secukupnya.
Ayam dipotong kecil.
Fish cake dihiris.
Fish ball belah dua
Tauhu kering belah dua(masukkan last sekali)
Sayur pakchoy potong pamgkalnya sedikit dan rebus ( boleh potong kecil atau sehelai sehelai)
Daun sup untuk hiasan
Cili merah hiris untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus belah dua (didihkan air+1 sudu kecil garam+1 sudu minyak masak, kemudian Masukkan telur. Biar mendidih 8 minit. Angkat dan rendam dalam air sebelum dikupas)
Garam dan serbuk perasan jika suka
Cara: tumis 4 sekawan dan daun Kari. Masukkan bahan yang dimayang halus hingga naik bau. Kemudian Masukkan bahan kisar dan serbuk Kari serta cili kisar .
Tumis dengan api perlahan hingga naik minyak. Tambah sedikit air dan biar naik minyak lagi sekali. Ulang step ni hingga tiga atau empat Kali naik minyak baru masukkan ayam. Apabila ayam hampir masak masukkan santan dan kacau sentiasa.
Boleh masukkan fish cake dan bahan lain . letak garam sebelum dihidang.
Kadang tu setiap menu wajib buat mee kari bila bulan puasa, habis je puasa berbulan bulan tak masak menu ni. haha

3 Comments