Selepas makan pasti kita akan rasa mudah mengantuk terutama di waktu tengah hari kan? di sini saya share TIPS elak mengantuk selepas makan.
1. Jalan-jalan sekejap lepas makan
Lepas makan, cuba jangan terus duduk atau baring. Bangun dan berjalan slow-slow sekitar 5-10 minit. Ini bantu penghadaman dan segarkan badan, especially kalau kerja duduk depan skrin.
2. Minum air kosong, bukan manis.
Kadang rasa lemau tu sebab kita minum air manis. Cuba ambil air suam atau air kosong je. Badan lebih segar dan tak rasa berat.
3. Elak makanan terlalu berat waktu lunch
Kalau makan nasi dengan lauk banyak sangat, badan automatik jadi malas sebab tenaga banyak pergi pada proses penghadaman. Cuba makan portion yang sederhana, dan seimbang.
4. Buat to-do list ringkas
Tulis 3 benda kecil yang nak disiapkan lepas lunch. Bila ada target kecil, otak kita akan lebih bersedia dan tak hanyut dalam mood “nak tidur je”.
5. Main lagu atau bunyi yang energize
Kadang-kadang kita perlukan mood booster. Pasang lagu yang boleh naikkan semangat, atau instrumental yang buat kita rasa alert.
semoga tips ini dapat membantu segarkan mata yang layu ketika tengah hari selepas makan.
9 Comments
lemau btl hahaha..ke kena pergi holiday lagi hehhe
Saya kalau abis makan, bawaannya itu ngatuk berat
Untuk menghindari keinginan tidur, biasanya saya ke luar rumah
ngobrol bereng teman