Assalamualaikum. Kek ni ada yang gelar kek batik jawa, ada yang panggil kek biskut Marie. Apa pun, tak kisah apa namanya, tak kira versi lembut atau keras saya sangat suka kek ni sejak zaman kanak- kanak lagi
Zaman saya sekolah rendah , kek ni acik kantin jual sepotong berharga 40 sen. Zaman tu duit belanja saya 80 sen. habis beli kek ni je la dua potong bagi penyedap tekak, ke sekolah agama tahan nafsu tak berbelanja akibat rakus makan kek sedap tak ingat dunia. haha
Biskut Marie pun dah tinggi harganya berbanding dulu. Dulu zaman remaja harga baru rm2 sebungkus, sekarang ni rm4.80+_ harganya. ada kedai jual rm5+ sebungkus. koko dan susu pun harga dah mahal. memang kek ni melambung tinggi harga dia sebab bahan dia semuanya mahal.
Ada peminat kek ni? Walau mudah sangat nak buat tapi kek ni cuma buat setahun sekali je kot? Hehe

6 Comments
Betul, senang nak buat tapi jaranggggg buat :)