Air Asam Perut Lembu





Hi assalamualaikum. Menu air asam perut lembu antara menu paling popular apabila perayaan qorban ni. selain dibuat masak lemak cili api menu ini menjadi pilihan kerana enak dan tidak muak dimakan.

Bahan
  • perut lembu yang telah dicuci dan direbus

  • bawang besar dipotong dadu

  • air limau nipis

  • Tomato 🍅 dipotong dadu

  • gula dan garam

  • Cili padi potong halus

Preparation

  1. ambil anggaran setengah cawan air .didihkan bersama setengah senduk air rebusan perut tadi .

  2. masukkan bawang dan tomato serta air perahan limau nipis . Masukkan hirisan cili padi

  3. masukkan 🍅 tomato, hirisan perut dan rasakan dengan garam serta gula.

  4. Angkat dan hidangkan


Tips

  1. Cuci bersih perut lembu dengan kapir makan.

  2. sebelum direbus, cuci lagi sekali perut lembu dengan tepung dan cukai makan. Saya guna noxxa(pressure cooker hp 5 minit) . Angkat dan hiris ikut citarasa.

Post a Comment

10 Comments

Suria Amanda said…
Sedapnyaaaaa......
Roziah @ Cie said…
Sedapnya air asam perut lembu. Cie memang suka makan perut lembu.
Mama Zharfan said…
my fav always!
MOHAMAD TAUFIK said…
mantap resepi nya.....pernah tolong tolong bersihkan tapi tak pernah nak cuba makan hahahaha
anamizu said…
sedap ni air asam perut lembu!
Mulan said…
Aduh, kecur air liur tengok nya.
mama tisya said…
fav menu bila aidiladha
Ana Jingga said…
sedap nyaa LM :)
Pizzah said…
Okay menu ni saya tak pernah cuba sebab tak makan. Bagi peminatnya mesti kecur tengok. Sebut air asam je dah buat kecur dah.
mrhanafi said…
Selalu makan di kedai saja...kalau nak buat sendiri lambat cerita....memang tak terbuat la jawapnya