Daun kesum, antara tanaman herba yang sering diguna pakai dalam masakan tradisional. biasanya jika orang Melayu di Malaysia ni daun kesum kita guna dalam masakan seperti asam pedas, patin tempoyak dan juga daun muda boleh dibuat ulam sebab baunya wangi
Dalam laksa juga biasanya kita letak daun kesum.
Daun kesum ni walau harga dia tak mahal tapi bila nak beli setiap kali nak guna agak leceh juga. maka, bila ada stok daun kesum tu biasanya lebihan tu akan kami semai rendam dulu batangnya bagi berakar dan terus tanam di dalam pasu.
jika tak mahu rendam boleh terus cucuk ke dalam medium tanaman dengan menggunakan bahagian pucuk nya anggaran panjang sejengkal. insyaAllah elok hidup dan dapat menjimatkan belanja dapur juga.
.jpg)
9 Comments