Pagi semua...sambal nasi lemak is done. hurm, kalau ikut selera BIG BOSS di rumah ni dia memang dia akan approve sambal nasi lemak yang 'berjemaah' bawang begini mengikut sambal yang sering dijual di kampung dia. kalau saya pula sejenis orang yang tak makan bawang yang jelas kelihatan begini pasti agak susah nak makan. kena tolak tepi baru boleh menyuap.haha
takpe, ikut selera masing-masing. bawang dalam sambal nasi lemak memang ada yang saya kisar dan tumis dulu. bawang hiris ni saya letak tumis selepas bawang kisar garing. dah garing segala bawang ni baru saya masukkan cili kisar . tak isu sangat bab bawang. tak suka, kita tolak tepi.
begitu juga dengan perangai manusia. kita tak suka perangai dia yang suka menunjuk-nunjuk kita abaikan saja perangai dia yang tu. dari sisi lain dia seorang kawan yang mengambil berat, setia, jujur dan sangat berdisiplin. Jangan buang segala kebaikan seseorang hanya kerana kita tak suka pada satu kelemahan/ keburukan dalam dirinya. setuju?
10 Comments
Saya nih suka bawang, tp tak suka yg mentah 😄. Memang tak bisa makan . Tp kalo dah dimasak begini sukaaa
Tapi saya suka bawang, dijadikan sambal,,,ah sedap nian.
Salam,