Assalamualaikum. dada ayam(bahagian isi) memang kurang laris kalau dimasak dijadikan lauk di rumah ni. maka untuk dada ayam biasanya saya akan jadikan chicken pop corn atau chicken tenders .
buat versi ringkas saja tapi alhamdulillah laris walau buat dua pinggan. hehe
Bahan:
dada ayam dipotong ikut citarasa
tepung ayam goreng
minyak untuk menggoreng
cara:
isi ayam disalut dengan tepung ayam goreng. kemudian celup dalam air. selepas tu celup lagi sekali kedalam tepung . kemudian goreng hingga keperangan. salutan ayam goreng sedap jika dibuat dua kali salutan . jika rajin buat tiga kali pun best.
selamat mencuba. sedap diratah begitu saja atau dibuat inti wrap. makan dengan maggie goreng pun sedap ni
4 Comments