Assalamualaikum. Salam Jumaat. Pagi ni saya buat kuetiaw goreng saja untuk menu sarapan.
Entah kenapa, terasa sedikit lesu dan tak berapa okey mood harini.Mungkin kerana terlalu banyak berbual dengan rakan -rakan senasib penghidap SLE semalam buat jiwa kacau dan emosi tak berapa okey.
seperti sedia maklum pesakit SLE ni sakit kronik, bila kita dengar kawan jadi macam tu macam ni kita akan makin takut untuk hadapi masa akan datang. setiap pesakit SLE tak sama sakitnya kerana ada pelbagai jenis dan cabang SLE ni(boleh google unuk info)
apa pun, malas nak layan mood swing, semoga Jumaat penuh barokah ni membawa 1001 keajaiban buat semua yang diduga dengan kesakitan dan kesusahan. Amin.
3 Comments