ROTI BAKAR COKLAT BERKEJU


Assalamualaikum. Suka roti bakar? tapi jika korang penggemar coklat dan keju wajib buat roti bakar yang ni. mudah, sedap dan mengasyikkan. Roti bakar coklat berkeju ni kalau makan memang tak mahu kongsi. hehe

Caranya mudah saja.
1. sapu roti dengan butter. jika korang suka marjerin boleh pakai marjerin.
2. letak atas pan pembakar. saya guna pan grill yang ada jalur jalur tu. 
3. tabur coklat urai dan keju. 
4. tutup atasnya dengan sekeping lagi roti yang dah disapu butter. 
5. tekan sedikit agar dia tertaut melekat(bila keju mencair dia akan melekat) jatuh hati keduanya. Eh!
6. terbalikkan roti agar garing bahagian atas dan bawah.
7. boleh dipotong dan siap untuk dimakan. 


selamat mencuba gais. 

kalau ada keju mozarella guna yang tu tau. saya ada stok cheddar ni ni. tu pun dah umphh sangat. 

saya suka sagat keju sendiri. lebih halus dan cantik banding beli dah siap parut. ikut citarasa korang la. hehe

nota kaki: buat untuk minum petang dengan kopi kosong mantap ni

 

Post a Comment

9 Comments

Ana Jingga said…
meriah menu taburan coklat dan keju, mesti sedap ni kesukaan anak-anak LM :)
Mama Zharfan said…
yums sgt!
Ammi said…
hahha...tersenyum2 kita baca step no. 5 tu
wahhhh nk tiru resepi ❤❤❤
Roziah @ Cie said…
Sedap jugak ni boleh la try nanti.
Puan Hazel said…
Nak try la. Tq share LM 👍🏻
Sha Mohamed said…
Idea yang menarik ini.. Bolehlah Sha cuba nanti..
Pizzah said…
Kalau macam tu kena buat lebih, so setiap orang boleh makan lebih. Roti pun bertaut jugak ek. hihi..comel je ayat.
Saya nih dulu sempat suka kak, roti coklat keju. Tapi mungkin Krn selalu dibuatkan asisten roti itu2 saja, saya jadi tak suka skr 😂😂.

Saya suka coklat, saya suka keju. Tapi skarang ini, saya tak nak 2-2 nya digabung. Harus dipisah, baru mau makan 😅😅