BAYAM BRAZIL CELUP TEPUNG


Salam Jumaat, hai semua. Pagi ni kemas kemas pasu tanaman tengok bayam brazil terbiar. Dah tua bercabang dan telah meleret ke luar pasu tak dipetik. Maka rajinkan diri petik dan tanam semua batangnya . Daun dia saya cuci dan buat bayam brazil celup tepung. 

Saya cuma guna tepung bestari saja. 

Saya bancuh dua sudu tepung tu bersama sedikit air dan celup bayam brazir ke dalam bancuhan tadi. Angkat toskan dan salut dengan tepung bestari yang kering dan kemudian terus goreng

Alhamdulillah, sedap rasanya . Sekejap saja habis. 

Korang suka masak apa bayam brazil? tumis atau buat ulam?

Post a Comment

6 Comments

adnil linda said…
lama tak nampak orang up sayur brazil nie
abuikhwan said…
salam jumaat.. bayam brazil saya suka buat ulam.. yang celup tepung pun suka, nak2 yang rangup.. tak sedar habis
Rawiwa said…
Lama plak tak makan bayam brazil.. dulu ada tanam sampai tak termakan. Masa tu suka tumis sekejap je bubuh bawang putih.
Roziah @ Cie said…
Dulu famous bayam brazil ni ramai orang tanam. Nak hidup tu senang.
Mama Zharfan said…
saya kalau sayur bayam, saya memang masak jd sup sayur ajer heheeh
Saya sukaaa bayam goreng tepung begini. Tp buatnya malas 🤣🤣🤣🤣. Jadi waktu itu makan di restoran yg ada menu ini. Pernah buat sekali, tp yg masak asisten saya. Sedap juga. Dah resign sayangnya. Makanya saya belum tertarik buat sendiri, walau suka 🤭