LIMAU BALI SUNKIST


hi, Salam Sabtu semua. Limau bali ke limau sunkist? ehh nama dia memang limau bali sunkish. Saiz macam limau sunkist tapi rasa dan rupa isi dia macam limau bali cuma dia lebih manis dari limau bali, isi dia lebih halus dari limau bali. Isi dia lebih halus macam limau sunkist.

Pokok ni saya tanam dalam pasu saja. Letak tepi rumah terbiar tanpa belaian kasih sayang yang cukup, ala-ala anak tiri yang dijaga oleh mak tiri yang membenci madunya, Eh!

Bila tak diberi kasih sayang, dia tak la berbuah sentiasa dan tak berbuah lebat. Kadang tu dia berbuah 4-5 biji saja, hehe

Walau tanpa kasih sayang tak berbaja, saya siram la juga setiap hari pokok ni. Alhamdulillah buahnya berjuicy dan sedap manis. Bila saya perhatikan, selain limau bali sunkist ni, saya ada dua pokok limau purut, sepokok limau kasturi biasa dan sepokok limau purut batik. pelbagai jenis daun limau ada, kalau nak mandi limau wangikan tiak mucuk masham memang tak jadi masalah. hahahaha

Post a Comment

9 Comments

Etuza said…
Banyak kegunaan daun limau ni..apatah lagi laimu purut..
abuikhwan said…
kadang-kadang pokok yang tumbuh sendiri, tak berjaga.. elok je subur berbuah kambing pun tak usik.. tapi yang kita tanam yang tulah kambing nak kacau hehehe
NA said…
Jaga ala kadarpun pokok bali sunkist itu hidup dan berbuah.
Wah macam manalah rupa limau purut batik?
Roziah @ Cie said…
Kacukan kot limau tu 😄
Puan Hazel said…
Pernah nampak pokok dan buah ni tapi belum pernah rasa. Kalau manis, sedaplah.
Eyma Balkish said…
Nampak macam sedap :)
uncle gedek said…
Ini limau kawin campur ni.... hehe
Mama Zharfan said…
Waaa menariknya sbb berbuah wpun tanam dlm pasu..nak kena tanam jugak ni
Hanya disiram sajapun dah menghasilkan ya kak, walau tak banyak. Mungkin kalau dirawat lebih, akan subur buahnya 😄. Apalagi kalau manis. Saya kurang suka jeruk Bali sebab masam dan kadang pahit. Tapi kalo manis saya suka