SAGU GULA MELAKA


Sagu gula melaka ni antara juadah pencuci mulut yang menjadi kegemaran bila bulan Ramadan. Tapi si hero sorang ni asik la sebut nak makan benda ni . Katanya dah lama ommi tak buat padahal baru beberapa minggu buatkan untuk mereka, hihi, sabar je la.


Oleh kerana semua bahan ada, harini merajinkan diri buat sikit sambil memasak juadah makan tengah hari. air gula tempoh hari masih ada lagi, tinggal masak sagu dan tuang susu saja . 

Saya hidang bersama susu cair bukan dengan santan. Pernah nampak ada yang share mereka makan dengan santan. Ikut citarasa masing masing la kan?suka santan guna je santan


Saya didihkan air dulu baru masukkan sagu. Masak 7 minit terus tutup api dan biarkan dalam 30 minit. Saya didihkan sekali lagi dalam 5 minit sampai sagu nampak jernih. 

Saya warnakan dengan 3 warna, merah , kuning dan hijau. Ambil satu bahagian, lalukan pada air paip buang kanjinya. Toskan dan kemudian baru saya letak warna. Selepas 10 minit saya lalukan sekali lagi di air paip untuk buang sisa warna agar susu tak jadi merah hijau kuning pula nanti. lepas toskan air baru tuang dalam bekas kecil untuk satu portion makan. 

Kalau buat cara begini sagunya elok cantik berderai tak melekat lekat cantik kejadiannya. 

Post a Comment

4 Comments

Minuman fav saya juga. Paling banyak dijual jika ramadhan. Nak buat sendiri memang tunggu mood datang yg agaknya tak tahu kapan kak 🤣.

Kalau minum saat dingin, segaaar sangat
Roziah @ Cie said…
Cie pun lama tak buat. anak2 suka ni.
Etuza said…
Wah,,ni saya suka ..puding, segar kan tekak..
Mama Zharfan said…
pandainya LM buat! MZ kdg2 ada beli jugak sbb terliur!