POKOK KEDONDONG


Assalamualaikum. Musim hujan ni jarang sangat saya menjenguk tanaman di tepi rumah. Bila matahari elok memancar dapat la saya luang masa sekejap tengok tanaman yang dah terabai tu. Bila mendongok ke atas nampak bukan main meriah lagi pokok kedondong kami berbuah lebat. 

Ada buah yang sedang berputik dan banyak juga yang sedang elok sesuai dipetik. 

Saya ni tak berapa gemar minum jus kedondong. Bau diamacam kurang ngan dengan selera saya. Saya lebih gemar makan begitu saja berbanding dibuat jus. Buah naga dan epal merah juga saya lebih gemar makan saja berbanding buat jus. 

Korang panggil buah ni kedondong juga ke?

Post a Comment

7 Comments

Roziah @ Cie said…
Cie suka air kedondong asam boi sedap. Kalau makan kat kedai yang ada air ni mesti order.
Etuza said…
Lebat buah kedondong..tepi rumah, di Sabah nama kedondong juga..masa masa ranum tu yang saya suka makan, tengah mudah agak keras..
Etuza said…
Top komen versi sangat cantik lah di blog ni..warna warni cantik..
Mama Zharfan said…
dulu2 kat rumah MZ kat kg memang ada pokok kedondong ni dan sgt rajin berbuah...kami plak tak berapa mkn buah ni, so selalu bg kat saper2 yg nak ajer heehhe
Sha Mohamed said…
Sha kurang gemar buah ini tapi kalau dah dijadikan jeruk, sukalah makan.. kikiki.. Air dia boleh ja minum tapi selalunya tambah asam boi..
Tot said…
Saya panggil kedondong juga. Ha ah, di rumah saya pagi ni pun hujan. Tak dapat nak tengok pokok² di luar.
Iya kak. Di sinipun kedondong namanya. Kita kebalik. Saya ga suka makan begitu saja buahnya. Tp kalau dijual, tambah asam boy sukaaa sangat 😁. Rata2 restoran sini kalau buat jus kedondong sedap. Makanya LBH suka jus