Assalamualaikum. Korang pernah dengar cendawan mudmud? ada yang panggil cendawan mekah. Zaman dulu mak-mak simpan cendawan ni dalam balang kaca besar di dapur. Ikat dengan kain bahagian atasnya. Mereka minum untuk kawal penyakit kencing manis. Ada yang pernah tengok tak?
Nak tau 5 Kebaikan Teh Kombucha?
Minuman ni makin popular, rupanya ada sebab
Kombucha minuman Probiotik
-
Kombucha dihasilkan melalui proses fermentasi teh dengan SCOBY (gabungan bakteria & yis).
-
Proses ini menghasilkan bakteria hidup yang boleh menyokong keseimbangan mikrobiota usus.
-
Itu sebab kombucha dikategorikan sebagai minuman probiotik.
AWAS
-
Tidak semua kombucha di pasaran masih ada probiotik hidup
(ada yang dipasteur → bakteria mati). -
Kandungan probiotik boleh berbeza ikut jenama & cara pembuatan.
-
Minum secara sederhana sahaja.
9 Comments
Namanya seperti nama teh dari jepang tapi sepertinya itu teh tradisional dan cara pembuatannya diendapkan agar keluar cendawannya.
Yg saya rasakan setelah rutin beberapa tahun minum kombucha, pencernaan lancar. Tak susah buang air besar.