BALIK KAMPUNG



Assalamualaikum, yeay balik kampung! Saya ada cerita pada poting yang lepas https://lydiamiza.blogspot.com/2026/01/ziarah-ibu-angkat.html selepas saja kami balik dari bercuti di Thailand Khamis lalu, Jumaat pagi terus kami gerak ke Melaka  ziarah ibu angkat sekejap dan lepas tu balik ke Johor ziarah mak ayah pula . 

Sampai pun dah lewat petang, maka pesan pada mak tak usah masak kita makan di luar sana sesekali makan di kedai .






si Kakak duduk sebelah nendanya

Mulanya nak order set, tapi dah jemu makan nasi dengan lauk pauk sepanjang di 
Thailand maka kami decide order saja ikut selera masing-masing. 





Tepek sekeping gambar kenangan dengan bonda sebelum kami gerak balik. 


Terasa sangat pendek cuti sekolah kali ini. Seminggu anak ke kem cuti sekolah, Isnin sampai Khamis ke Thailand sambung Jumaat sampai Ahad balik kampung. Minggu ni saja tersisa untuk buat persediaan naik sekolah.

Dari alat tulis sampai la ke pakaian sekolah dan buku semuanya tak beli lagi. Harini busy dan keletihan uruskan semua barang balik kampung dan ke Thailand haritu . 


Nanti saya jalan ke blog korang ye bila dah boleh tarik nafas lega. hehe

Post a Comment

6 Comments

Roziah @ Cie said…
Sekejap sangat rasa cuti. Tup2 minggu depan dah buka sekolah.
notie said…
wah kampung kat johor kat mana tu. Rasa semput baca zoom sana zoom sini. hehehe
Cuya said…
Kejap je cuti ehh. Tahu2 dah nak skola
Awet muda sangat wajah mama kakak 😍👍👍. Terlihat garis wajah kak LM pun miriiip dengan mama yaa
Suria Amanda said…
Itulah...rasa macam.kejap sangat cuti sekolah kali ni...
Etuza said…
Seronok balik kampungkan, boleh ambil moment bersama insan tersayang ..