Hari kedua di Yala, Thailand bermula dengan suasana yang cukup sederhana tetapi berbeza daripada kebiasaan. Kami berpeluang menikmati sarapan pagi di tepi landasan keretapi, satu pengalaman yang tak pernah kami rasai. Sambil menunggu makanan yang diorder sampai, kami dapat melihat keretapi lalu dari dekat dan menikmati suasana pagi dengan pengalaman baru.
keretapi lalu perlahan je. ada besi di sebelah kami sebagai batas jarak selamat dengan landasan keretapi
Gerai sarapan ini terletak betul-betul di sebelah jalan keretapi, menjadikan pengalaman makan lebih unik dan menarik. Bunyi persekitaran, angin pagi dan suasana gerai makanan dan pasar menjual daging dan ikan serta barang kelengkapan dapur serta rempah ratus membuatkan sarapan terasa lebih santai. Penduduk tempatan datang bersarapan seperti biasa, menjadikan suasana lebih hidup dan memberi gambaran sebenar kehidupan pagi di Yala.
pondok tempat sarapan ni kebanyakannya yang duduk adalah pelancong luar.
Kami memilih mee celup, nasi khoumok, roti pisang dan minuman sejuk seperti teh ais macha ais. Gazebo ni dibuat menggunakan buluh. risau juga kot la runtuh sebab kami berlapan ni bukan bersaiz kecil.haha
Kesimpulannya, bersarapan pagi di tepi landasan keretapi Yala ini menjadi antara pengalaman menarik sepanjang perjalanan kami di Thailand. Ia bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga kenangan dan suasana yang sukar dilupakan. Jika berkunjung ke Yala, pengalaman seperti ini memang wajar kalian nikmati. Selepas sarapan jangan lupa shopping pelbagai makanan atau rempah ratus thailand di bahagian depan tu. Murah dan berbaloi
.jpg)
.jpg)
.jpg)
6 Comments