Bazar Ramadan-Saya Dah Pulang Ke Tanah Air!


 gambar:sumber google

Alhamdulillah saya dah kembali ke tanah air. Hai semua. Tau tau dah masuk ke bulan Ramadan dah kita. Bazar Ramadan meriah pada awal awal puasa macam ni kan?

Bazar Ramadan sentiasa sesak dengan pelbagai kaum dan agama semua teruja nak mencari pelbagai makanan menarik di Bazar Ramadan jika kita berkunjung pada awal awal puasa ni.Kata orang bila jalan tu memang tersenggol la. Jika dah seminggu dua baru lengang sikit.

Nafsu membeli bercampur baur dengan semangat nak mencuba pelbagai lauk pauk dan kuih viral. Ikan bakar, mee goreng sotong giant la,kuih  kuba guling la . Semua menarik. 

Dalam mencari menu viral tu jangan abaikan tahap kebersihan ye, tengok dulu sebelum membeli.Jangan membazir juga. Beli ikut tahap besar mana perut kita.Nak terawih pun tak larat nanti.

 Apa menu yang kalian cari kalau terjah ke Bazar Ramadan? share la sikit

Post a Comment

15 Comments

Roziah @ Cie said…
Tak jejak lagi bazar. Tahun lepas pun tak jejak walaupun sekali. Hari2 masak.
Sii Nurul said…
Alhamdulillah selamat kembali ke tanah air 🤍 Memang betul, masuk je Ramadan suasana terus berubah. Malaysia ni kalau bab Bazar Ramadan memang meriah lain macam, awal-awal puasa tu memang padat sampai bersenggol bahu dibuatnya 😆
Warisan Petani said…
Belum terjah lagi baram
thisni3za said…
Alhamdulillah sis...Welcome back =)
ShirVen said…
selalu cari kuih pelita tapi selalu itu juga kecewa sebab selalu dpt bukan yg ori. paling truk bila base dia guna agar2 takda rasa.
Time Traveller said…
Alhamdulillah welcome home sweet home.. Tahun ni berazam macam tahun lepas juga kalau boleh tak nak ke bazaar ramadhan huhuhuu..
Fajarwalker.com said…
Saya bulan ni agak jarang pergi ke bazar Ramadan. Entahlah, tak ada semangat nak berebut juadah macam tahun-tahun lepas. Sekarang cukup dengan minum teh, makan kurma dan satu gorengan saja, dah rasa tenaga kembali penuh.
Puan Hazel said…
Welcome home 🤗
Sy dah lama tak ke bazar Ramadhan
Mama Zharfan said…
welcome back home dear LM!
mama tisya said…
tk pegi lg ..slalunya cai kuih fav tepung pelita
Mznimnwr said…
Harga bazar sekarang mahal2 lah. Kalau nasib tak baik, dpt yg tak sedap pulak. Kalau gi bazar, kitorang akan cari peniaga dah biasa meniaga kat pasar malam sebelum2 ni je. Harga diorang maintain mcm selalu
Etuza said…
Alhamdulillah, selam,at sampai hajah dan ahji semua..saya lum pernag ke Bazzar ni..nanti plan nak ke bazar ramadan nak ampil point untuk blog lah ..hehehe
Ezna Khalili said…
Alhamdulilah dah selamat sampai bumi tercinta dah.
Saya akui bazar ramadhan di Malaysia itu besaaaaar sangaat. LBH besar drpd di jakarta. Krn panjaaaaaaaang stalls nya. Di JKT tak Sampai sepanjang itu. Memang best. Nanti nak juga merasakan lagi puasa di KL atau Penang. Rindu saya. Tp di Penang dah pernah merasa 4 tahun. Jadi nak merasa di tempat lain tahun depan . Antara KL atau Terengganu. Pasti best 😄👍
Rawiwa said…
Tak sempat gi bazar.. tahu² puasa nak habis dah. Beli kat kedai biasa pergi je.