Buah-Buahan Segar Untuk Tetamu


Ini kisah hari semalam, kebetulan kami menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu bonda tercinta yang datang berkunjung melawat sebelum kami terbang menunaikan umrah hujung minggu ini. Saya masak serba ringkas saja cuma nasi briyani, kambing masak briyani, ulam jelatah timun bersama nanas. Air asam tomato dan juga ayam goreng berempah. Sebagai pelangkap meja makan saya hidang juga buah-buahan segar buat kudapan semasa berbual kosong. 

Kebetulan masih musim manggis dan pulasan, dan ada limau mandarin jenis kecil juga sebagai penyeri meja makan, alhamdulillah.

Terima kasih bonda susah payah datang berkunjung padahal dah jumpa beberapa minggu lalu.

Post a Comment

8 Comments

Time Traveller said…
Semoga dipermudahkan segala urusan utk ke Umrah dan sepanjang berada di sana.. alhamdulillah bonda dtg menziarahi..
Roziah @ Cie said…
baru jugak makan pulasan baru2 ni. musim sekarang banyak dijual merata tempat.
Suria Amanda said…
sedapnya buah2 tu...wah LM nak pi umrah lagi...
Sii Nurul said…
MasyaAllah, rezeki musim buah memang terasa serinya 🍊✨ hidangan ringkas tapi lengkap, tambah pula buah-buahan segar memang sedap sambil borak. Mesti bonda seronok, semoga dipermudahkan urusan sebelum berangkat umrah 🤍
Sii Nurul said…
MasyaAllah, rezeki musim buah memang terasa serinya 🍊✨ hidangan ringkas tapi lengkap, tambah pula buah-buahan segar memang sedap sambil borak. Mesti bonda seronok, semoga dipermudahkan urusan sebelum berangkat umrah 🤍
Mama Zharfan said…
memang sekrg musim buah2an tempatan jugak kan...MZ ada nak buat entry psl buah-buahan hahhaha
Semoga dilancarkan segala persiapan untuk umroh nya kak 🤗🤗
Rawiwa said…
Macam² LM masak ya untuk bonda tersayang.