Kari ikan siap!
Assalamualaikum. apa menu berbuka harini? Oleh kerana sejak awal pagi saya dah bertapa ambil darah di hospital dan jumpa doktor pula pada pukul 11 pagi, maka balik tu memang terus flat. Lemah longlai rasa badan. Takda idea nak masak apa untuk berbuka, maka saya masak saja nasi lawankan dengan kari ikan bawal putih yang beli tempoh hari(bawal putih ke bawal emas saya pun tak kenal, haha)
Alhamdulillah kari siap. Air cuma buat sirap selasih dengan harapan dapatlah menyejukkan badan. Ada tempoyak daun kayu big boss buat malam tadi, boleh buat tambah -tambah lauk. Dah pukul 7 buat pula bubur jagung campur sagu pemanis mulut.hehe
16 Comments
Selamat berbuka puasa
Selamat berbuka puasa
Sedap pulak sy membayangkan bubur jagung + sagu tu.
Take care ye LM