Roti Sardin- Mudah Dan Sedap


 Roti sardin adalah salah satu menu mudah dibuat dan sedap. Kalau ada tetamu yang tiba-tiba nak datang memang inilah salah satu menu saya buat sebab tak memerlukan masa lama nak membuatnya. 


Saya akan tumis sardin dengan hirisan bawang, garlic dan sedikit cili hiris. Campur sedikit jus limau nipis atau asam jawa agar dapat potong rasa hanyir sardin. Perisakan dengan garam ,Hancurkan isi sardin agar mudah nak letak dalam roti.

Roti tu saya gelek dengan kayu roll agar leper. Letak isi sardin anggaran 1/3 bahagian roti dan gulung kemas. Celup dengan telur yang dipukul bersama sedikit garam. Goreng sampai warna keemasan. 

Pastikan gulung rapat agar roti tidak serap minyak semasa kita goreng. Roti akan kembang bila kita goreng. Jangan takut nak leperkan semasa isi sardin. 

Hidang dengan kopi o, perghh mantap!

Post a Comment

6 Comments

Etuza said…
Sedap sekali..alhamdulillah..
Cuya said…
Sedapnya! Malam2 tengok posting ni jadi lapar pulakkkk
Mama Zharfan said…
Yums sedap nyaaa.morning LM⚘️🤩
Roziah @ Cie said…
lamanya tak buat roti sardin ni.
Suria Amanda said…
Sardin roll macam ni pun antara yang selalu SA buat..prep malam lepas tu pagi goreng...eh...pun lama x buat ni...kena buat semula la...suami suka bawak bekal pi kerja
Ini saya sukaaaaa sangat. Bahkan kadang makan dengan nasi juga. Memang sedap kalau sardin bisa diolah seperti ini. Buat pedas sikit biar makin mantap 👍😄