Benih Keladi Hiasan Bercampur



Dah lama saya tak berkesempatan meluangkan masa membelai keladi hiasan tepi rumah memandangkan di sini hampir setiap petang akan hujan berserta ribut petir. Oleh kerana saya ni suka tukar pasu dan ambil tanah sana sini maka bila pokok ni membesar akan wujudlah anak yang tidak direstui perkahwinannya. eh! gurau. 

Kadang tu kita ingat pasu tu kosong tiada pokok, boleh je guna. Tapi tidak ye. Jika dah pernah tanam keladi hiasan guna tanah tu pasti ada sedikit rizom ubinya dan akan menjadi anak pokok. Err bila dah jadi macam ni bercampur pelbagai kaum dan suku etnik sakit la pula mataku. 

Kena gigih asingkan la jawabnya. Bila mood malas nak main tanah memang terasa sangat mencabar tugasan mudah ni .huhu

Ada peminat keladi hiasan di sini?

Post a Comment

10 Comments

Eyma Balkish said…
Minat juga pokok keladi tetapi belum ada benih.
Warisan Petani said…
Ingtkan ayam aje yang ada kacuk
Roziah @ Cie said…
kakak cie yang kedua suka bunga keladi ni.
Suria Amanda said…
Okey..SA jeles..sebab SA pun suka keladi cantik2 ni....asyik kena hijack je ngan PZ...
Mama Zharfan said…
lawa jugak keladi hiasan cuma saya tak pernah try beli/tanam lagi
Rawiwa said…
Akak tak tanam tapi mak ada tanam macam-macam spesis keladi. Siap soh anak belikan online.
Cantiiik warna tumbuhan kuping gajah nya kak😍😍. Dulu mama saya ada pelihara tanaman kuping gajah begini, berbagai warna .
notie said…
Keladi hiasan ni kadang bila banyak dan berwarna warni cantik
Etuza said…
Cantik rona warna keladi..kena siram letak tanah ornaik..sabut kelapa pasti kembang lagi..
cahaya kejayaan said…
Cantik pokok keladi tu, tapi saya belum pernah jaga dan tanam lagi..