Assalamualaikum. Salam Selasa semua. Dah Selasa baru mampu bersiaran, huhu. Keadaan kesihatan diri sedikit merundum, maafkan saya kerana belum dapat blogwalking ke laman korang semua. Alhamdulillah Kelmarin(Ahad) dapat memenuhi undangan majlis sahabat kami sama-sama di Qatar dulu. Bila ada majlis sahabat Qatar, sedaya upaya akan cuba hadir sebab masa inilah dapat bertemu sahabat lain juga. Kebetulan ramai antara mereka pulang balik cuti sejak jun hingga September nanti. Time ni lah nak berbual 1001 cerita .
Dapat goodies telur telur lagend ni juga selain ada gelas cantik, candy, dan juga perfume juga. Terima kasih kak azie undang kami. Kenal kak azie pun sebab dia kawan baik dengan kawan baik kami,doktor Ida. Dia bawa kak azie ke rumah untuk tumpang solat sebab kebetulan kursus haji yang mereka hadiri dibuat di compound kami masa tu. Sejak kenal terus rapat , alhamdulillah ukhwah berbelas tahun hingga kini.
waktu dah nak balik dapat jumpa juga sahabat sama sama di sana yang juga salah seorang pesakit autoimune. Bila salam terus dia tanya, u okey tak ni? Allah ! terus nak meleleh air mata masa tu. Padahal dia baru saja keluar wad tapi nampak sangat positive dan sentiasa ceria.
Kalau bermesej tu sentiasa berjela kata kata semangat yang dia bagi. Doakan saya dan dia sihat selalu dan kuat lalui ujian kesihatan kami ni ye. Lepas balik dari kenduri memang akan letih berhari biasanya. Tenaga hilang macam kena sedut dengan semua orang yang kami jumpa, huhu. Apa pun terima kasih tuan rumah atas jemputan dan semua sahabat lama. Maaf tak mampu borak sakan, mampu senyum, salam dan peluk laga pipi je. Takda tenaga nak hyper sangat dalam keadaan sekarang ni.
Eh korang dah sarapan tak ni? makan apa tu. Saya nak mengemas rumah sana. Haritu kan saya cerita nak sewakan rumah, alhamdulillah dah dapat penyewa. Alhamdulillah lega....lambat sikit la kalau nak jual bila dah ada yang nak sewa. Kalau tak letak perabot lagi saya tak kisah sangat bab nak jual, masalahnya dah letak perabot baru tau tak boleh buat homestay. huhu
.jpg)
8 Comments
bestnya dpt jumpa kwn2 kat wedding tu...kira reunion la
ReplyDeleteSeronok tengok orang kawin ni ..tahniah..
ReplyDeleteLegend sangat pembungkus telur tu.
ReplyDeleteTelur dlm pembalut berkilat² tu mmg legend & membangkitkan nostalgia.
ReplyDeleteSepertinya di Qatar tengah libur summer yaaa. Sebab teman2 saya di Qatar pada pulang juga ke Indonesia. Banyak yg sedang liburan di sini. Kakak dulu di oil company Qatar juga?
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah ada penyewa ..semoga dimudahkan urusan..
ReplyDeleteBoleh up sewa rumah complete with furnitures.
ReplyDeleteHarap penyewa jaga rumah dengan sebaiknya.
Akak ada 3 penyewa, Alhamdulillah setakat 3 tahun ni semua baik-baik.
Masa SA kahwin 2023 hari tu..ada separuh telur letak dalam pembalut kilat2 ni...nostalgia kan
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.