Pandai Potong Ayam?

Alamak, kepak dah tinggal 2/3, drummet dah tinggal separuh.

Assalamualaikum semua, korang pandai potong ayam?zaman sekarang ni beli ayam kat mana pun ada saja perkhidmatan potong ayam. Zaman remaja dulu memang mak dah ajar potong ayam. Dulu kat kampung kalau beli ayam, kalau beli seekor atau setengah ekor takda potong pun, kena potong sendiri di rumah. 

Sejak akhir-akhir ni kalau beli ayam,tukang potong tu suka potong main taram je. Menyakitkan hati kalau tengok. Cuba korang tengok ayam yang saya tunjuk tu, drummet dah terpotong sekali dengan bahagian dada ayam. kepak pun dah terpotong. Sekarang ni kalau beli ayam saya akan minta orang tu potong 4 bahagian saja. Balik rumah baru saya potong ikut saiz yang saya nak. 

Korang beli ayam ikut bahagian atau beli seekor minta orang kedai tu potong?



 

Post a Comment

9 Comments

adnil linda said…
selalu minta potong terus je...kat rumah ada pisau sayur je.. hihihi
Pizzah said…
Alhamdulillah boleh potong ayam dengan syarat pisau tajam. Kalau tak tajam hasil potongan pun tak cantik nanti kena tuduh tak pandai potong ayam. huhuhu...
Saya pun tak bolehlah tengok ayam potong asal boleh je ni. Kadang tu dapat paha di potong dua. Aduh, cacat dah rupa dia.
Biasa Encik Suami yang beli ayam, dia minta potong, buang kulit, tak nak kaki, tak nak leher, tak nak organ semua sebab tak makan semua tu. Balik rumah tugas saya mencuci je.
Roziah @ Cie said…
So far tak pernah lagi orang tu potong salah. Potong pakai mesin. Cie pandai jugak potong ayam.
Mama Zharfan said…
MZ tak pandai, so memang suruh org kat kedai potong siap2 or kalau beli kat aeon, beli yg memang parts ayam jer yg ready pack tu
Memang minta potongkan kak. Cuma syukurnya seller saya beli ayam nih, pandai potong. So far tak pernah kecewa dengan hasil potongan dia
Carneyz said…
Bila tengok ayam ni teringat kejadian minggu lepas hampir2 terpotong jari sendiri masa potong ayam huhu. Saya macam MZ, suruh org kedai potong siap2 atau beli yg dah siap pek kat supermarket je.
Kakmim said…
Sy selalu beli ayam mmg mtk potong terus.. tp nnt balik rumah sy akn potong lagi... sy x suka tgk ayam besar² nnt anak² mkn x habis, membazir, biar potong kecil tp boleh ambik berkali²
Rawiwa said…
Akak sekarang beli ayam ikut bahagian je sebab ada yang nak makan protein lebih. Jadi beli fillet atau pun dada. Untuk yang tak diet belikan samada whole leg, drumstick atau thigh. Takde nak berebut bahagian.
Suria Amanda said…
SA dari umur 12 tahun dah pandai potong ayam seekor..alhamdulillah x kekok...tapi lebih suka beli ayam ikut bahagian mana nak makan aje sebab kalau seekor, bahagian dada confirm x habis