Daging Goreng Kunyit Menu Simple Tapi Sedap


Salam Isnin, Salam Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Ada penggemar menu daging goreng kunyit kat sini? ini antara kegemaran saya, biasanya menu simple ni akan saya buat jika tiada selera makan dan semestinya jika ada stok daging di rumah.

Biasanya saya suka daging yang ada sedikit lemak dicampur sedikit dalam tu. Kadang tu kalau ada stok daging korban yang ada bahagian lemak memang saya asing untuk buat menu sebegini. 

Nak mudah, rebus siap-siap. Nak masak tinggal lebur je semua. Saya akan goreng garing dulu dah hampir garing baru masukkan hirisan bawang dan halia kemudian baru masukkan segala sayur kegemaran. Jangan lupa letak perisa kegemaran pati ayam, garam dan sebagainya.

Makan dengan nasi panas panas syok ni


Post a Comment

0 Comments