Daging Goreng Kunyit Menu Simple Tapi Sedap


Salam Isnin, Salam Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Ada penggemar menu daging goreng kunyit kat sini? ini antara kegemaran saya, biasanya menu simple ni akan saya buat jika tiada selera makan dan semestinya jika ada stok daging di rumah.

Biasanya saya suka daging yang ada sedikit lemak dicampur sedikit dalam tu. Kadang tu kalau ada stok daging korban yang ada bahagian lemak memang saya asing untuk buat menu sebegini. 

Nak mudah, rebus siap-siap. Nak masak tinggal lebur je semua. Saya akan goreng garing dulu dah hampir garing baru masukkan hirisan bawang dan halia kemudian baru masukkan segala sayur kegemaran. Jangan lupa letak perisa kegemaran pati ayam, garam dan sebagainya.

Makan dengan nasi panas panas syok ni


Post a Comment

7 Comments

Suka menu ini tp tak pernah buat sendiri ... Nanti nak cari resep nya lah 😅. Selama ini kalau ada daging asik masak tumis blackpepper atau dibuat macam Yoshinoya
ejulz said…
Febret ejulz ni..
mummy_ayu said…
menu simple ni yg biasa nya buat makan bertambah ni..dappp
Suria Amanda said…
Fav SA ni tapi x rajin nak buat...kena buat jugak la nanti...kena rebus dalam PC dulu la kan..xde la lama nanti nak tunggu empuk kalau guna dapur gas
Roziah @ Cie said…
Selamat Hari Merdeka ke 69!

Teringat arwah ayah Cie suka daging kunyit.
Pizzah said…
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Walaupun dah berlalu, tetap nak ucapkan juga.

Saya suka menu ni tapi versi ayam atau udang sebab bukan penggemar daging. Kalau daging saya suka daging kerbau, kurang lemak sikit. Menu ni senang masak dan sedap. Tambah sikit cili api belah dua bagi pedas sikit.
Memang syoklah makan dengan nasi panas dan lauk panas.
Mama Zharfan said…
kebetulan ptg semlm pun saya masak menu ni :)