Kemalangan Kecil


Assalamualaikum, Annyeonghaseyo. Ini kisah petang semalam, dalam jam 6 suku dapat mesej dari guru kelas dak kecik ni tunjuk dahinya bertampal. Cikgu kata  kemalangan kecil menuju ke tempat tunggu bas sekolah. Bila nampak tampal plaster hati ni tak risau la, berlari la tu balas saya. 

Bila baca lebih lanjut cikgu kata dah cuci pakai antiseptik bla bla , terbelah atas kening kena bawa klinik terus hati berdebar. Kelas habis jam 5.50 dan masa bermesej tu dah menuju ke 6.20 petang dan bila tengok dah bertampal lukanya pasti dak kecik tu dah naik bas masa tu. Nak berkejar ke sekolah dah tak sempat semestinya. 

Kesiannya dia menahan sakit. Terus mandi bersiap untuk ke klinik sementara dia sampai rumah. Padahal jam 8 dia ada tuisyen dengan hero sorang tu, huhu. Selesai je bersiap terus tunggu dia depan rumah. Pakcik bas dia dah lambai lambai dari jauh panggil. Saya cuma angguk beri isyarat ye saya dah tau apa yang terjadi.  dah tau ye? cikgu call? tanya pakcik bas. cikgu dah mesej kata saya. Dia salah step, jatuh sendiri. luka teruk tu. Spek mata patah lanjut pakcik bas dia. Air mata dia menitis setitis demi setitis. Saya rangkul bahu dia sambil usap perlahan tanda cuba meredakan sakitnya. Beli spek pakai duit dia saja, takpe katanya. Allahu...Dak kecik ni. Kita risau keadaan dia, dia boleh lagi fikir pasal kos buat spek. Laluan pejalan kaki uar sekolah tu beralun. Tak rata batu batanya macam ada akar pokok ke tak tau la. Tiap kali lalu saya memang terdetik ish bahaya tempat ni, silap langkah boleh terpelecok jatuh. Rupanya dak kecik ni yang jatuh tersadung di situ.huhu. Air mata dia makin laju semasa kami berbual. 

Spek takpe, nanti malam kita buat ye, jom ambil ubat kat klinik. Kena tampal luka ni biar baik pujuk saya. Saya ucap terima kasih kepada pakcik bas sebab tunggu cikgu tampal luka dan terus bawa dia ke dalam rumah. Saya nampak luka tu dah mula meleleh walau bertampal. besar la kot terbelah , detik hati. Saya suruh dia buang air dulu sebelum ke klinik. Tapi dia laju kaju mandi la pula. macam takda apa apa. Selesai daftar, terus dia dipanggil ke bilik rawatan dan ye, kena jahit 4 jahitan luka tu. 

Doakan si kecik ni cepat sembuh ye. Dapat mc dua hari tapi kafa je dia cuti pagi tadi, tengah hari ni dia dah menggelabah nak ke sekolah sebab ada latihan tarian untuk persembahan esok sambutan hari kemerdekaan. Haiyaaa ada mc pun takmo rehat. hehe

Post a Comment

10 Comments

Rawiwa said…
Dalam juga lukanya tu... kadang² kita tengok dari luar macam sikit je.. bila bawak gi klinik.. nahhhh kena jahit pulak.
Semoga anak LM cepat sembuh.
Roziah @ Cie said…
Semoga baik2 je tu. Dalam juga sampai kena jahit tu.
Pizzah said…
Allahuakbar. Macam dalam lukanya. Kena jahit tu yang seram. Kuat betul dia tahan sakit. Tapi jatuh juga air matanya menahan sakit tu. Semoga cepat baik lukanya dan kembali sihat. Rehat ye jangan lasak sangat.
Carneyz said…
Allahu... kejadian hampir sama berlaku dekat saya masa sekolah rendah dulu. Terkoyak dahi bila terlanggar kawan dan terhantuk di bucu meja kantin. Cikgu bawak pergi klinik, kena jahit 4 jahitan jugak masa tu. Balik rumah naik kereta cikgu. Keluar kereta dengan baju kurung sekolah berdarah 😅 Mesti mak saya rasa nak tercabut jantung masa tu tgk anaknya pulang dalam keadaan macam tu 😱.
thisni3za said…
Allahuakbar. Semoga lukanya cpt sembuh.Amin
Mama Zharfan said…
shafahullah. sayu yer baca entry LM ni esp part dia pikir psl nak kena buat spec tu...
ejulz said…
Allah.. Semoga cepat sembuh..
Ya Allah adiiiiik, pasti sakit sangaat itu 😭😭😭. Besar luka robek nya . Masih sempat dia terpikir masalah kacamata nya yg rusak yaaa. Anak baik 🤗🤗. Semoga cepat sembuh yaaa...
mummy_ayu said…
Allahu...sian nya dia, terbelah tu..4 jahit..adoi la. moga cepat2 sembuh luka tu yer..aamiin...
Suria Amanda said…
Allahuakbar, kasihan dak kecik tu ha... Mesti sakit sangat tu sampai kena 4 jahitan. Tapi alhamdulillah dia kuat dan tabah. Moga lukanya cepat sembuh, tak meninggalkan parut, dan dapat buat persembahan esok dengan lancar..eh dapat buat persembahan ke tak tu?