Assalamualaikum annyeonghaseyo, kisah Ahad(kelmarin). Oleh kerana hati tak tenang mengenangkan ayahnda sakit, kak ipar pun sakit tak sempat lagi melawat maka saya terbang sekejap balik lawat mereka. Ye tak merancang pun. Tapi bangun pagi semalam mata sepet bengkak. muka pun bengkak gatal. Dugaan apa ni? salah makan apa?
Oleh kerana yakin ia bukan sakit mata yang akan menular terjangkit pada orang lain maka saya gagahkan juga gerak meneruskan perjalanan. Bukan dekat 3 jam perjalanan memang tak berani makan ubat alahan sebab takut mengantuk.
Singgah beli lomang dan rendang maman dan petai juga sewaktu dalam perjalanan ke sana . Bonda memang suka petai, alhamdulillah. Tapau briyani restoran rizki juga dan murtabak untuk makan bersama sama .
Dalam 2.30 gerak dari umah ayah bonda ke pilah pula melawat kak ipar. Alhamdulillah dapat jenguk kak ipar dan berbual sebentar. dalam 4 lebih gerak balik.
Dalam perjalanan balik singgal Ulu Bendul dulu makan cendol. Kedai yang biasa makan tu dah habis cendolnya, maka makan di kedai lain sebelum meneruskan perjalanan. Dalam jam 6 lebih dah selamat sampai ke rumah. Terasa macam nak pengsan tak larat bangun keletihan. huhu
.jpg)
.jpg)
7 Comments
Sedapnya lomang 😍😍😍. Makan dengan durian best nih. Cendol pun kliatan segar ❤️
Dalam keadaan tak sihat, dapat juga ziarah keluarga. Semoga Allah berikan kesembuhan buat mereka. Aamiin...
Dalam keadaan tak sihat, dapat juga ziarah keluarga. Semoga Allah berikan kesembuhan buat mereka. Aamiin...
Dalam keadaan tak sihat, dapat juga ziarah keluarga. Semoga Allah berikan kesembuhan buat mereka. Aamiin...