Nasi Kerabu Di Hari Sabtu

Nasi Kerabu bungkus, ambil separuh dan tambah sikit lagi ulam taugeh dan daun selom. Daging kunyit pun ada sikit, alhamdulillah cukup protien kot untuk pagi ni.

Assalamualaikum, hai hai annyeonghaseyo. Salam Sabtu semua. Pagi ni takda projek apa apa memandangkan harini hari gantung kuali sempena hari sakit bengkak tendon tangan sedunia(Eh Gurau). Sarapan pagi ni nasi kerabu ikan goreng dan sedikit daging goreng kunyit. 

Balik rumah ambil separuh saja dan tambah sikit lagi sayurnya memandangkan ulam selom memang sedia ada dalam kotak doraemon ku. Alhamdulillah syukur. 

nota kaki: super busy hujung minggu ni sebenarnya, tapi ayah sakit pagi semalam ambulance datang ambil , terima kasih adik dan pihak hospital yang baik hati. Wajib balik jenguk entah bila nak curi masa terbang ke sana dan kak ipar juga sakit sejak Isnin tak jenguk lagi di hospital Pilah

Post a Comment

0 Comments