Nasi Kerabu Di Hari Sabtu

Nasi Kerabu bungkus, ambil separuh dan tambah sikit lagi ulam taugeh dan daun selom. Daging kunyit pun ada sikit, alhamdulillah cukup protien kot untuk pagi ni.

Assalamualaikum, hai hai annyeonghaseyo. Salam Sabtu semua. Pagi ni takda projek apa apa memandangkan harini hari gantung kuali sempena hari sakit bengkak tendon tangan sedunia(Eh Gurau). Sarapan pagi ni nasi kerabu ikan goreng dan sedikit daging goreng kunyit. 

Balik rumah ambil separuh saja dan tambah sikit lagi sayurnya memandangkan ulam selom memang sedia ada dalam kotak doraemon ku. Alhamdulillah syukur. 

nota kaki: super busy hujung minggu ni sebenarnya, tapi ayah sakit pagi semalam ambulance datang ambil , terima kasih adik dan pihak hospital yang baik hati. Wajib balik jenguk entah bila nak curi masa terbang ke sana dan kak ipar juga sakit sejak Isnin tak jenguk lagi di hospital Pilah

Post a Comment

8 Comments

Mama Zharfan said…
shafahullah utk ayah LM, dan gws jugak utk semua ahli keluarga kita yg diuji dgn masalah kesihatan, shafakillah jugak utk LM
Ammi said…
Lama dah ammi tak makan nasi kerabu. Ada setahun juga kot.

Semoga yang tak sihat semua diangkat kesakitannya.
Pizzah said…
Nikmatnya dapat sarapan nasi kerabu di hari sabtu ni. Extra ulam tu yang buat lagi sedap makan.
Semoga Allah permudah segala urusan akak sekeluarga. Aamiin..
Mznimnwr said…
saya pun makan nasi kerabu jugak smalam. lauk daging + lemak bakar hihi sedapp.
semoga ayah kak lydia diberi kesembuhan..
Rawiwa said…
Semoga Allah angkat kesakitan ayah dan kakak ipar Lm dan diberi kesembuhan segera.
Suria Amanda said…
Sedapnya nasi kerabu tambah ulam selom extra! Apapun, gws untuk tangan LM & semoga diangkat kesakitan buat ayah serta kakak ipar LM. Moga Allah permudahkan segala urusan LM sekeluarga
Time Traveller said…
Tiba-tiba baru perasan dah lama tak makan nasi kerabu huhuu.. :D
Kemarin di KL sempat coba nasi kerabu di resto chef wan. Terobati sedikit rindu makan nasi kerabu 😄.

Semoga ayah kakak dan kakak ipar cepat sembuh kembali yaa. Kakak pun juga, sehat2 ok 🤗