Stok Bawang Siap Kupas-Mudahkan Kerja Memasak


Stok bawang yang dah siap dikupas wajib ada kat rumah ni. Sejak doktor sahkan saya penghidap penyakit autoimune ni memang saya akan buat kerja yang ringkas saja. Masak simple dan perlu cepat siap sebab nak jimat tenaga. Kami pesakit autoimune ni memang mudah letih dan tak berapa larat. 

Bila sentiasa ada bawang dah siap kisar, yang dah siap kupas dan cili siap kisar memang kerja memasak jadi cepat dan mudah. Tak perlu bazir masa nak kemas kulit bawang yang berterabur semasa proses mengupas bawang setiap kali nak memasak. 

Kalau nak mudah kupas bawang, rendam sekejap dengan air agar kulit dia mudah dikupas dan dapat mengelakkan mata menjadi pedih. 

Korang pun suka simpan stok bawang dah siap kupas tak?


Post a Comment

7 Comments

DinoHauz said…
Disebabkan KSarie jarang dan malas memasak jadinya stok bawang dah siap kupas ini memang tidak ado huhuhuhu. Bila sesekali memasak memang berkuntau la baru terkinja-kinja nak kupas bawang segala😅
Mulan said…
Memang sangat memudahkan 😍
Pizzah said…
Senang kerja. Mana yang mudah je lah kan. Senang masak cepat dan ringkas. Saya pun tak suka duduk dapur lama-lama lagi-lagi musim panas ni.
Roziah @ Cie said…
Cie pun ada masa memang buat stok bawang blend. Bawang2 pun kupas siap2 senang nak masak.
Suria Amanda said…
Pak Zain suka la macam ni..kupas dulu bawang banyak2..lepas tu simpan dalam fridge..
Mama Zharfan said…
MZ kupas bwg time nak masak ajer..memang akan jd time consuming tapi gitulah kisahnya
Tapi kalau dah dikupas begini, simpan chiller tahan berapa lama kak? Saya tak pernah stok yg dikupas. Krn memang selalu kupas saat perlu saja