Harini malas masak, maka menu harini ni menu dari kedai saja. Nasi ayam lembut sambal hijau. Mereka ada jual ayam garing juga tapi kemain keras ayamnya, risau bergerak pula gigiku. Dah la bersakit-sakit dua tahun pakai braces nak betulkan gigi tersusun dengan taring macam vampire dah elok malas pakai retainer pastu memang kena jaga makan la. huhu.
Ops nama pun hari malas, memang beli je la. Usah sayang nak guna duit tu gais, bukan boleh bawa mati pun, keh keh keh. Hari-hari pun malas. layan mood swing je mampu setakat ni.
p/s: korang doakan dipermudahkan urusan saya ye. Penyewa akan masuk rumah awal bulan depan, banyak kerja juga nak diurus rumah tu. Dia takmo tv, minta keluarkan tv kami tu. Syukur sangat kami dapat penyewa Malaysian walau target awal tu nak orang luar sebab nak sewakan dengan sewaan agak tinggi yang susah sikit nak target orang kita sewa, bila dengar orang Malaysia, fuh lega sangat.
%20(1).jpg)
0 Comments