Tiga Warna Berbeza

Assalamulaikum. Sihat ke tu? maaf tau korang, saya belum sempat jalan jalan ke blog korang. kesihatan merundum, nak gerak dalam rumah pun sedikit terbatas. Dalam fasa healing healing je ni guling guling tergolek layan perasaan. Makan ubat jadi ngantuk, tak makan ubat jenuh menahan sakit. haih serba salah jadinya. Tapi banyak hari tak makan ubat sebab tu tak mampu bangun tu. huhu. 

Kisah budak bertiga punya bilik ni memang rasa serabut juga nak fikir selagi tak selesai memang sakit kepala. Setakat ni mereka dah pilih warna kegemaran mereka. Dak kenit tu nak bilik warna biru, tenang je warna biru. Dia suka sangat katanya. Dak Caim pilih warna cream biar nampak bilik bersih je katanya. Dak Acha pula pilih ungu. Ikut korang la!


Bila Dak caim dan adik share bilik air




Bilik Acha hujung sekali 


Bilik Acha punya bilik air buat dua pintu agar orang yang lepak luar bilik dapat pinjam bilik air dia kalau nak guna tak perlu masuk bilik dia, Bilik anak dara kan...privacy la sikit

Sebenarnya, tak minat betul dengan warna ungu dan biru tu tapi takmo la jadi joy killer. Raikan perbezaan pendapat. kita turuti je la minat mereka, haha

Bilik caim dan Aish yang lama kemain banyak buku lama dan mainan yang perlu dibuang entah bila nak buat tak tau lah! Nak buat bilik solat plannya, sebab bilik solat rumah ni dah jadi laluan nak naik tangga, takda pintu maka kalau ada tetamu datang nak solat macam tak syok terutama tetamu wanita. 

Bilik tetamu pula akan didiami oleh Dak Apit, dah duduk pun tapi dalam tu masih banyak barang dak Acha sebab bila ubah suai ada kacau bilik Acha dan kakak haritu, maka barang mereka banyak dalam bilik yang sepatutnya didiami oleh Apit tapi bilik Acha tak siap lagi maka bilik tu dah macam stor rupa dia. 

Semua sudut macam stor kot? selagi tak selesai, memang tak santai la hidup ni. Sambil baring pun roh boleh merayau masuk bilik tu berkemas. mamai makan ubat ni bukan dapat tidur malas letih bila roh je mengemas tapi badan tersadai dalam bilik.haha.   

Bila ada yang tanya, uik kenapa buat banyak bilik? jawapannya adalah sebab dan alsannya tak larat nak taip huraikan dan setiap orang pasti ada berbeza pendapat. Bukan bilik besar mana pun sebab sekarang kan dah sibuk minimalis, baju pun dah sikit ni pula barang memang tak banyak . Cuma si kakak dah 23 tahun, si abang dah 21 tahun. Akan datang pasti masing masing akan perlu bilik sendiri juga nanti. 



Post a Comment

0 Comments