Sakit tu sakit juga, tapi kalau serabut dengan peti sejuk boleh makin bertambah sakit jadinya. Maka, selepas korek deep freezer terjumpa bahan buat fong tau foo ada sikit lagi. Buat la sikit. Mana ntah kangkung dah menyorok bawah tu.
Saya penggemar yong tau foo versi bersup sebab dulu sejak kecil kerap makan jenis camni di Bandar Hilir Melaka. ada dua sos, hitam dan merah. Saya tak gemar sos masin tu, kat rumah ni saya je makan sos merah pedas tu. Maka wajib lah buat dua dua jenis sos tu
Area rumah ni ada juga sos pedas tu orang jual di pasar malam tapi kemain banyak tepung kanji dia letak. melekit tak sedap langsung. Rasa tepung je. Lama sungguh tak makan yong tau foo di Melaka. Entah pindah mana kedai tu agaknya?
.jpg)
2 Comments