Cari Katil Dan Almari Baju


Bilik Dak Acha dah lama siap, dia pun dah mula rasmi bilik dia tapi tidur atas tilam lipat lapik toto je setakat ni. Fokus pada aircond dan langsir dulu sekalikan dengan bilik Dak Aish dan Dak Caim. Alhamdulillah beberapa hari lepas sempat lari sekejap mencari katil dan tilam dia serta almari baju untuk dia. Kesian dia berbulan barang dia bersepah sementara selesai semua, mujur dia balik hujung minggu saja. Alang- alang belikan dia, tukarkan tilam Dik Ad juga. Dah lama sangat tilam dia dah tak selesa spring dah tak elok.

 Syukurlah dah ada katil dan almari baju di bilik Acha,hampir lengkap dah bilik dia. Minggu ni study week, sedang elok la bilik dia dah ada katil, syukur...

Eh baru perasan pagi tadi. Rupanya meja belajar masih belum ada. Huhu insyaAllah. Ada rezeki nanti kita beli ye.


Post a Comment

5 Comments

thisni3za said…
Trigt masa sy nk pindah dulu =D
Puan Hazel said…
Alhamdulillah. Seronoklah dapat katil dan tilam baru
Mama Zharfan said…
mesti best nak rasmikan bilik baru dan perabot2 baru tu
anjali said…
Alhamdulillahhhhh.... Sure happy deme dapat kelengkapan baru
Pelan2 dilengkapi 😍👍. Nanti kalau dah lengkap , baru makin selesa tidur dan belajar di kamar 😍.