Ikan Cencaru Bakar


Bila dah buntu tak tau nak masak apa, biasanya menu simple begini akan terlintas di fikiran. Ikan cencaru bakar. Jika ada stok cencaru memang tak masak menu lain selain goreng sumbat atau bakar saja. Masak lain memang tak laku. Ikan ni dulu memang saya tak pandang, jemu oi! masa kat uitm ikan ni je kerap ada kat dewan makan. Ish jadi orang tak bersyukur masa tu, jangan dicontohi ye adik adik. Makan free pun mengada nak memilih menu. huhu.

Ye zaman kami dulu makan free di dewan makan. Ada makan pagi, lunch dan makan malam. bawa kad, nanti nak makan mereka akan tanda kad kita. Sekarang ni cencaru bakar jadi antara kegemaran saya. Layan dengan sambal kicap,perghh sedap.

Ada ikan bakar, sayur masak bening/air, ulam sikit memang layan...

Post a Comment

4 Comments

Mama Zharfan said…
saya tak reti mkn ikan ni sbb my mom tak pernah beli (biasa kami mkn ikan kembung/selayang or ikan2 lain)..dan MZ tak dok asrama so tak tau ikan ni yg jd menu utama yer
Roziah @ Cie said…
Sedap jugak cencaru bakar cicah kuah kicap.
anjali said…
Ha.... Ini menu wajib setiap minggu di asrama KSarie zaman belajar dulu. Lambat je ke dewan makan kalau ini menunya sebab tak perlu berebut kerana tidak diminati oleh rakyat jelata😂
Ikan ini juga seriiiing dimasak mama, dan kalau pulang kampung ke Sibolga, pasti jadi menu utama, apalagi Sibolga itu kita pesisir. Ikan ini memang banyak dan segar2. Dan saya tak pernah bosan makannya kak. Pakai sambal kecap memang sedaap