Assalamualaikum. Salam Selasa. Pagi ni badan rasa larat sikit, sebelum masuk tidur semalam memang dah rasa sihat sikit berbanding beberapa hari lepas. Sebelum tidur dah siapkan bahan nak masak nasi goreng ikan. Pagi ni terus tumis saja.
Ikan tu sebenarnya dah simpan lama. Nak pakai defrost saja. Beli ikan sekilo haritu memang buat fillet asingkan tulang dan goreng dan frozenkan. Bila nak buat nasi goreng ikan dah ada. Mudah tak payah buang tulang dan goreng lagi.
Alhamdulillah, menu simple tapi jadi kegemaran anak-anak. Korang sarapan apa tu?
0 Comments