Isnin

Assalamualaikum

Salam isnin semua. Dah lunch ke? saya baru nak tanak nasi. Eh ada yang guna bahasa lama tanak ke?aka masak..hehe

Busy sikit harini. Biasalah permulaan hari untuk minggu ni, banyak benda nak buat .

Anak kecil dua orang ni pun nampak macam kurang aktif. Baby aish tido kat hall ariz pula tido dalam bilik.  Syafiq balik dari tadika dua dua adik tido. Dia pun boring je. Main la sendirian. Pinjam ultraman ariz. Kalau ariz tak tido sah la tak dapat sentuh mainan tu. Dia ni barang baru dapat mana boleh orang pinjam

Ni baru nak masak, jap lagi si abang balik sekolah takda benda nak makan la pula.  Acha tadi  saya bagi dia bubir ayam. Dia tak sihat, bagi makan bubur selera la sikit. Bekalkan nugget sikit untuk makan rehat nanti

Ikan tenggiri ada kat dapur tu tak tau nak masak apa. Gulai lemak cili api je kot. Goreng kobis..malas nak fikir menu susah susah. Hehe

Menu apa lunch korang?

Post a Comment

8 Comments

Mummydearie said…
Belum fikir lagi LM nak masak apa petang nanti. Fikir banyak kali pun akhirnya tetap juga masak menu yang sama berulang kali. Malaslah nak fikir ^_^
Eyma Balkish said…
Masak yang biasa- biasa pun sedap, bertambah nasi
Ezna Khalili said…
Singgah sini hari Khamis. :)
Roziah @ Cie said…
Lama tak dengar tanak nasi 😁. Kat kampung biasa guna la perkataan tu. Kalau cakap kat anak2 ni mesti ingatkan taknak 😆
Rawiwa said…
Masak yang mudah² je MA.... janji sedap dan kenyang😆
Puan Hazel said…
PH masak sambal ayam & kangkung goreng utk dinner. Lunch makan lauk telur je :D
Semoga cepat sihat Acha
Mama Zharfan said…
Salam maulidurrasul utk LM
Ammi said…
ammi hari Khamis haritu seharian melepek sebab demam. makan pun husband belikan je