Assalamualaikum
Kisah saya ke pasar setiap hujung minggu pasti dah jemu korang membacanya. Tapi, setiap kali ke Pasar ni saya sentiasa teruja membeli walau hanya beli sayur saja kerana sayur di pasar murah dan segar.
Stok daun salad untyuk buat salad kentang, burger atau makan bersama omellate. saya memang suka salad jenis ni.
Lagi 1 bakul sayur Petola. Ada 3 biji. Tak sempat snap gambar.
1 bakul rm2. Jika ambil 3 bakul harganya rm5.
Saya beli terus 3 jenis sayur. Jika saya nak cari kacang panjang dan lainnya, saya akan set kan dia bersama 2 bakul sayur lain pula.
Sayur apa kegemaran korang? Share la sikit.


5 Comments