Hai ,Assalamualaikum. ada peminat capsicum kuning?
CAPSICUM kuning atau lada benggala kuning . Jarang sangat saya membeli capsicum berwarna kuning. Biasanya beli merah dan hijau saja. Bila beli ke tiga tiga warna serentak baru saya perasan rasa capsicum kuning ni lebih manis berbanding warna merah dan hijau rupanya. Bentuk dia pun cantik kali ni.
Menurut kajian capsicum baik untuk lancarkan peredaran darah, mengawal kolesterol, baik untuk kulit dan banyak lagi. Biasanya selain jadikan sayur capcai saya akan campur dalam omelette untuk sajian breakfast.
Selain tu biasanya saya jadikan salad saja hidang bersalah daun salad dan ayam grill atau juga telur rebus. Korang suka capsicum warna apa?

8 Comments
So far LZ kerap guna warna hijau dan merah, belum pernah cuba warna kuning.. Tak sangka rasa pun berbeza, ingat sekadar warna sahaja..