LIMAU BALI SUNKIST



 Assalamualaikum.Hai Semua, Selamat petang. Limau bali sunkist. haa ingat tak kisah limau ni?


Kalian ingat tak saya pernah tunjuk limau jenis kulit hijau ala ala limau bali/ limau tambun tapi saiz kecil yang saya tanam. Masa tu tak tahu dah boleh petik ke belum. Ada yang tanya dah masak ke? Kulit nampak masih hijau.


Limau ni memang kulit dia hijau pekat. Tu yang tak tahu bila masa sesuai boleh petik. Akhirnya saya tak jadi petik selepas up entry haritu sebab tak yakin dah cukup matang atau belum walau ia bukan buah pertama. Dah pernah ada 3 biji buah sebelum ni. 


Hari semalam saya nampak elok je dia tergolak tepi pasu. Alhamdulillah dia gugur sendiri tiba masanya sebab letih tunggu entah bila saya nak petik, hehe 



Mirip limau bali malah lebih manis dari limau bali cuma isi dia tak besar macam limau bali. Lebih mirip isi orange tapi versi manis. 

Alhamdulillah sedap. Lepas ni boleh tanam lagi la limau ni. Puas hati dengan hasilnya. Ada beberapa biji lagi yang masih kecil. Berbulan pokok ni memang tak pernah belai. Tak letak baja maka dia menang tak berbuah sangat. Sejak tabur baja haritu elok pula dia berbunga dan ada beberapa biji putik mula membesar. Alhamdulillah. 



Post a Comment

5 Comments

mummy_ayu said…
x pernah plak jumpa limau mcm ni...mcm limau bali yer, tapi kecik... and manis ek, ingatkan hijau..masam la kan
nohas said…
sedap buat jus, rasa yg manis..
Warisan Petani said…
Limau bali sunkist.
Buat air minuman sejuk pun sedap
Mama Zharfan said…
Alhamdulillah rezeki tu. MZ suka limau💖
Oh rasanya manis ya kak. Saya pikir tadi agak asam macam jeruk purut. Kalo manis, bisa buat jus saja