Assalamualaikum semua, ROTI JOHN? hurm ini roti john versi saya. pendek saja sebab guna roti untuk buat roti hotdog tu.
Bukan setiap hari saya larat buat menu berat untuk sarapan. kadang tu jemu juga asik sarapan berat. Kadang tu cuma berasaskan roti saja menu ringkas sebegini mampu membuka selera .
Roti untuk hotdog tu saya belah dan tekapkan pada telur yang masih belum matang di dalam kuali. Bancuhan telur tu , garam, isi ayam kisar dan sosej digoreng dengan minyak sedikit, sebelum ia matang sempurna tekapkan roti agar ia melekat pada roti . kalau telur tu dah garing susah dia nak lekat pada roti. maka pastikan api dapur tak terlalu kuat ye semasa memasak inti telur tu.
Tambah sos dan mayonis serta daun salad. Siap!
Korang sarapan apa tu?

8 Comments