Assalamualaikum semua
Baru saya tahu, rupanya Mee rebus Johor dan utara berbeza rasa dan resepinya. Bila dah besar baru saya tau apabila ke utara dan teringin nak Mee rebus tapi apabila dapat ,rasa dia lain. Tak sama dengan apa yang kita selalu makan. Lagi parah pernah order Mee rebus dapat Mee sup semasa ke belah belah pantai Timur. Sedih!
Mee rebus dan Mee bandung. Dua menu ni memang jadi kegemaran saya. Mungkin sebab dah biasa makan sejak kecil kot?
Apa makanan kegemaran kalian? Kalau saya banyak, jenuh panjang entri ni nanti puas pula kalau nak taip satu persatu.hehe.
9 Comments