Hi semua
Salam Selasa. Pagi ni cuma sarapan tortilla wrap saja. Kebetulan bahan pun ada serba sedikit maka dapat la buat menu ringkas ni.
Wrap tu saya panaskan sekejap atas pan. Sapukan yogurt plain atas dia. Jika nak tukar kepada mayonis pun boleh.
Dada ayam saya perap dengan rempah Cajun. Grill dan hiris nipis. Letak daun salad, timun,carrot, capsicum dan apa saja yang disukai.
Boleh letak thousand island jika suka. Untuk rasa pedas saya kisar cili api+ sikit garam dan sedikit cuma. Letak sikit baru la di balut. Selepas balut potong kepada Dua bahagian. Siap!
8 Comments