Bunga herba ni namanya Bunga kantan kalau di kampung kami .Dalam bahasa inggerisnya torch ginger. tempat kalian disebut apa?berbau wangi sangat kerap digunakan dalam masakan tradisional.
setahu saya bunga kantan ada yang berwarna pink, pink cair, merah dan ada juga yang berwarna putih. cuma yang putih biasanya orang buat hiasan kerana bau dia kurang wangi berbanding yang warna pink dan merah.
alhamdulillah ada beberapa kuntum ni, boleh dibuang laksa, asam pedas dan kalau rajin boleh buat kerabu bilis juga dengan bunga kantan ni. sedapnya. nyumss
erm, tiba- tiba terfikir. kalau buat nasi goreng kerabu sedap juga kan? ada kantan, letak kacang panjang sikit, kobis sikit, daun daun ulam hijau dua jenis ke? daging bakar sikit. pergghh mantap!
6 Comments
sendiri masak cuma pandai letak dlm asam pedas ja.