Assalamualaikum. nugget homemade? berbaloi kah jika nak buat sendiri?
Pada saya berbaloi terutama jika di rumah kalian tiada penggemar bahagian dada ayam dan amatlah susah nak habiskan stok bahagian tu.
Saya suka buat nugget dan rasa ia berbaloi kerana harga nugget brand yang sedap dan terkemuka tu dah makin mahal. Dulu harga tak sampai RM 11 satu pack yang beratnya 1 kg tapi sekarang harga semakin naik dan beratnya tak sampai 1 kg.
biasanya dada ayam tu saya kisar guna food prossessor saja bersama sedikit kiub ayam, garam , lada sulah dan sedikit carrot jika suka atau itu saja bahannya. ada yang suka tambah sebiji telur. tapi saya tak suka.
jika tiada food prossessor boleh guna pengisar kering saja . selepas dikisar ayam tu boleh dibentukkan dan celup dengan telur putih yang dah dipukul sedikit. selepas dicelup telur terus salut dengan bread crumbs(serbuk roti). jika suka guna cornflakes kisar boleh juga. kadang saya guna cornflakes atau nestum yang dikisar halus. sesekali saya salut dengan tepung ayam goreng. ikut citarasa dan bahan yang ada di dapur kita.
dah siap buat boleh terus goreng untuk dimakan atau susun dalam bekas dan bekukan. saya goreng dulu sekejap dan sejukkan. bila dah tak panas susun dan bekukan. nak guna boleh terus goreng seperti nugget yang biasa kita beli tu.
ada orang suka tambah kentang di dalam bancuhan nugget. terserah pada citarasa kalian.
.jpg)
9 Comments
Biasa istri saya membeli saja, belum pernah membuat sendiri.
Salam,