Assalamulaikum. Salam Isnin semua. Moga ceria selalu ye. Alhamdulillah, hujung minggu yang busy telah berlalu pergi, hanya kenangan yang masih kekal di hati. Sabtu lepas sempat memenuhi undangan ke majlis perkahwinan di Melaka dan Puchong. Dua tempat yang agak jauh jaraknya, agak terburu- buru la juga. apa pun syukur sempat hadir keduanya.
Gambar kenangan bersama ibu pengantin aka sepupu ku yang manis kak uji.
Bila sampai Melaka, baru perasan undangan perkahwinan sahabat lama kami tu sama tarikh . dapat salam laga pipi saja dengan mak sedara dan sepupu sepupu tak sempat berbual panjang pun.
Juadah yang dihidangkan sedap, lama tak selera makan nasi bila dapat makan terus berselera. dapat makan lebih 5 suap alhamdulillah. Lauk briyani daging dia sedap sangat.
Dalam pukul dua lebih kami sampai majlis kedua, alhamdulillah sampai juga. masih dapat bertemu beberapa orang sahabat sama sama merantau di bumi Doha dulu.
cantik decorasi bertemakan butterfly. lampu hiasan keliling dewan makan berbentuk butterfly
oleh kerana perut dah penuh di majlis pertama, makan jamah-jamah saja la di majlis kedua ni. Tapi saya ambil beberapa jenis kuih muih sebab kuih talam tu mak pengantin buat sendiri. ada pelbagai kuih talam, kuih muih dan kek yang tuan rumah buat sendiri. sedap sangat.
cuti tiga hari tapi tak terasa panjang sebab banyak urusan di luar. Korang balik kampung ke cuti haritu?
9 Comments
Dah lama saya tak datang ke nikahan. Dah tak ada yg menikah di circle atau keluarga saya 😅😅.
Tak kemana2 kak. Biasanya memang kalau ada long weekend begini, saya malas pergi, sebab jalanan pasti ramai dan jammed